Selamat Datang ke

Halaman Web Rasmi Masjid Al-Huda Sungai Ara

  IMG_0311.MOV  (1.12 MB)
  IMG_0312.MOV  (3.96 MB)
  IMG_0316.MOV  (829.2 KB)

Penggunaan Digital Signage(DS) Di Masjid Al-Huda Sungai Ara

 

Masjid kita telah dilengkapi dengan sistem penyebaran maklumat dan komunikasi Digital Signage(DS) sejak bulan Syawal yang lalu. Sistem IT yang terkini ini adalah hasil usahasama di antara AJK Qaryah Masjid Al-Huda Sungai Ara dengan syarikat multi-national Intel Technology Sdn Bhd di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

 

Sistem DS telah di pasang di Masjid Al-Huda & digunakan untuk

penyampaian ilmu ibadah, khutbah Jumaat, ceramah mingguan dan

bulanan, pengumuman, program & aktiviti masjid dan waktu solat dari

JAKIM . Ia boleh digunakan untuk pelbagai maklumat yang lain seperti

pengumuman kematian dan  termasuk pengiklanan perniagaan untuk

qaryah di Sungai Ara. Potensi penggunaannya amat lah luas, dan boleh

digunakanuntuk video streaming dan penyampaian maklumat ke

kediaman qaryah di masa hadapan.

 

Maklumat –maklumat ini dijanakan melalui ‘server’ komputer dan

disalurkan ke skrin TV secara talian dan juga tanpa wayar dan

disokong oleh Wi-Fi dan Internet.

 

Maklumat-maklumat ini di rancang secara program harian yang

bermula secara otomatik tepat jam 5 pagi dan tamat jam 11

malam,tiap-tiap hari. Untuk kuliah, ceramah dan khutbah

Jumaat, secara otomatik camera(web cam) akan terpasang

untuk mengambil imej penceramah atau khatib terus ke skrin.

 

Ini adalah penggunaan teknologi DS yang pertama di masjid di

Malaysia. Masjid kita menjadi contoh masjid yang menggunakan

teknologi dalam penyampaian dakwah dan maklumat.

 

Sistem DS berkemampuan untuk menjadi masjid sebagai pusat

komuniti qaryah dan masyarakat.

 

Sila lihat fail pdf di bawah untuk maklumat lanjut.

 

  Penerangan DS .pdf  (1.16 MB)

Sila Lihat Notis Hak Cipta